selamat datang ke blog Ultraman Zero. bersama menjana tranformasi minda! | Follow | Dashboard |
♥ ultraman zero //



Blog ni hanya merupakan luahan pendapat semata-mata dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak sekiranya tidak bersetuju dengan saya diharapkan memberi idea yang bernas ataupun pendapat yang lebih baik untuk kita bersama-samaberkongsi sesuatu yang lebih baik

Entry About Stuff


sila tinggalkan komen-komen yang baik-baik yer.. Thanks




Skins by: ultraman nexus
Others: two
Hosted by Blogger.

Kes Mercun Yang Tak Habis-habis =..="


Assalamualaikum semua. Raya sudah semakin hampir..puasa cukup tak? kalau tak cukup, xboleh lah nak raya kan..hahahahaha. Pada ruangan hari ini saya terlintas untuk meluahkan pendapat mengenai sikap masyarakat kita mengenai amalan bermain mercun yang terlalu ekstrim ( baca la akhbar,banyak kes wooo.. ). Setiap kali semakin hampir menjelangnya Aidilfitri,pasti akan dipaparkan di dada akhbar yang mngetengahkan kes-kes yang berlaku disebabkan oleh mercun. Samada kita kurang kesedaran ataupun keseronokan yang terlampau mungkin merupakan faktor yang menyebabkan amalan ini amat sukar dihentikan.

Bila bercakap pasal mercun ni..teringat zaman kanak-kanak dulu..masa saya kecik dulu pun memang amat berminat dengan kepelbagaian jenis mercun ni..antara yang saya ingat ialah mercun bola, botol, ketupat dan mercun paling mudah saya dapat ialah mercun bawang..hahahahaa..kalau masa dekat sekolah agama rakyat..kalau ada antara budak-budak yang main mercun bawang, memang jadi mangsa gelak la..sebab tu mainan orang perempuan jer bagi mereka..mak ayah pun hanya belikan saya mercun bawang jer..amik jer dalam senyuman..tapi dalam hati... ( mmg sah aku kene kutuk kat sekolah petang esok... =..=' )

biasalah..masa bebudak..darah muda tu meluap2 yang teramat sangat..tak tahan dikutuk oleh kawan-kawan, petang esoknya saya sanggup beli mercun ketupat ( masa tu paling femes sebagai mercun paling 'berkuasa' lah kononnya). Masa diorang tengah leka bermain mercun, saya dari tingkat atas baling mercun tu ke hutan..poowwwwwwwwwww!!!!! terkejut diorang..menangis sebab terkejut..masa tu dalam hati..memang bangga gila..hahahaa.

Mengenai masalah mercun ni, sering kali kita perhati di televisyen, di akhbar, ramai yang menjadi mangsa disebabkan oleh mercun ( mangsa disebabkan oleh diri sendiri laaa..) dengan ada diantara mereka yang buta, putus jari, putus kepala tu belum lagi tapi putus harapan tu memang dah pasti..huhuhuuhh..Walaupun pihak kerajaan dah melakukan pelbagai cara untuk menyekat lambakan mercun di malaysia..tetapi mercun-mercun masih boleh didapati dengan mudah..malah di bazar ramadan pun mudah nak mendapatkan mercun-mercun tersebut. Bagi saya..hal ni lebih kepada mentaliti masyarakat kita sendiri. Kita sering berpendapat sambutan raya tidak lengkap tanpa adanya mercun untuk memeriahkan Hari Raya Aildilfitri..walhal tanpa kita sedar kita memeriahkn hospital dan menyambut hari lebaran penuh gemilang di sana..

Sekat la macam mana sekalipun..nasihat la sebanyak mana..semua tu tak akan berkesan..kerana mercun nih boleh kita ibaratkan  'tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' kerana ianya sudah menjadi tradisi. cuma yang boleh kita lakukan ialah memantau anak-anak semasa bermain mercun dan supaya mereka lebih berhati-hati semasa bermain mercun.

Bila fikir-fikirkan semula..bagus juga saya main mercun bawang..hahaa..walaupun xkuat bunyinya,orang masih panggil mercun dan kurang risiko nya untuk mendapat 'bala' yang tak sudah..huhuhuhu..hurrmmm...petang nanti ingat nak cari mercun bawang jugak lah..hahahahha.. :P




| Newer Post