selamat datang ke blog Ultraman Zero. bersama menjana tranformasi minda! | Follow | Dashboard |
♥ ultraman zero //



Blog ni hanya merupakan luahan pendapat semata-mata dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak sekiranya tidak bersetuju dengan saya diharapkan memberi idea yang bernas ataupun pendapat yang lebih baik untuk kita bersama-samaberkongsi sesuatu yang lebih baik

Entry About Stuff


sila tinggalkan komen-komen yang baik-baik yer.. Thanks




Skins by: ultraman nexus
Others: two
Hosted by Blogger.

SIKAP MASYARAKAT KITA...
Assalamualaikum semua..bertemu lagi kita pada ruangan kali ini. Pada kali ini saya ingin membicarakan mengenai sikap negatif masyarakat kita yang sudah wujud sejak dahulu lagi dan amat sukar dihentikan iaitu sikap dengki dan iri hati pada orang lain. Sikap ini seolah-olah telah wujud sejak zaman 'dinosor' lagi yang mana seakan-seakan sudah menjadi budaya yang di amalkan dalam kalangan masyarakat kita.

kita berasa tidak senang duduk dengan sesuatu perubahan yang berbeza daripada apa yang kita lihat sebelumnya. Contohnya, penghijrahan sesorang perempuan daripada tidak memakai tudung kepada pemakaian tudung. Situasi tersebut sepatutnya menjadi sesuatu yang baik, tetapi apa pula yang berlaku ialah umpatan dan pandangan serong sesetengah pihak yang mengatakan bahawa perubahan yang dilakukan hanyalah untuk mendapat perhatian daripada orang lain..haissshhh..sepatutnya bukankah patut kita mendoakan dirinya supaya kekal dengan imej tersebut dan menjadi orang yang lebih baik?? bukannya terus KONDEM xkena tempat...huhuhu..

Sikap ini harus kita ubah kerana ia banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Bagaimana masyarakat kita hendak maju kalau kita masih bersikap seperti ini? dan bagaimanakah negara dapat mencapai status rakyat minda kelas pertama sekiranya kita sendiri yang tidak mahu berubah ke arah tersebut?

Kita rasa cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kita sendiri tidak berusaha untuk berjaya. Apabila kita melihat orang lain berjaya, akan terdetik satu kata-kata yang negatif keluar dari mulut kita. contohnya, 'alah dia tu,bukan aku xtawu..dia suka bodek lecture..tu dia dapat skor', alah,saje jer aku bagi dia cemerlang kali ini,sebab selalunya result dia teruk dari aku lagi...', ' dia bayar la tu,tu dapat result gempak..'. Semua stigma2 negatif ini sebenarnya hanya mampu puaskan hati semata2 tetapi sebenarnya mendidik minda kita menjadi kotor dan melahirkan manusia yang pendengki, dan menabur fitnah terhadap orang lain.

Daripada kita sibuk mencemburui kejayaan orang lain dan hanya berangan-berangan menjadi orang yang berjaya, apakata kita sendiri mula berubah dan mencari kejayaan tersebut. Buang semua pemikiran-pemikiran negatif dalam otak kita dan berusaha untuk mengatasi kejayaan orang lain dengan belajar bersungguh-sungguh dan mula bertekad dalam diri. Ini barulah satu bentuk persaingan yang sihat yang mana akan memberikan kebaikan buat diri kita juga. Pada akhirnya,kita juga akan merasai kejayaan tersebut daripada hanya bermimpi untuk mendapatkannya, kerana sesuatu kejayaan itu tidak datang sekelip mata tetapi perlukan usaha yang maksima...






Older Post